domainname: https://www.mydigitalkontraktor.com.my
About Us
FITRAFHAM

Syarikat FITRAFHAM INTEGRATED SDN. BHD. adalah sebuah syarikat milik  bumiputera yang berkecimpung secara langsung di dalam bidang pembinaan,  pembekalan, ‘trading’, penganjur pusat kursus dan hartanah. Syarikat ini telah  ditubuhkan pada September 2002 dan telah dinaiktaraf kepada syarikat Sdn.  Bhd. pada Jun 2012, yakni setelah menceburi dunia perniagaan selama hampir  10 tahun. Ianya diurus dan ditadbir oleh individu yang berpengalaman dalam  pelbagai sektor perniagaan selama lebih 25 tahun.


Syarikat FITRAFHAM INTEGRATED SDN. BHD. (FISB) telah berdaftar dengan  Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan  (CIDB) dan Kementerian Kewangan (MOF) bertaraf bumiputera serta telah  memperolehi beberapa projek pembinaan dan pembekalan dari pelbagai pihak  kerajaan serta swasta.


Disamping itu, syarikat ini juga telah berdaftar sebagai pengedar terbesar  ‘trading’ produk Bina Paint di Perak sejak Februari, 2019 sehingga kini serta  mempunyai rangkaian para peniaga bawahan yang merangkumi di setiap daerah  negeri Perak. Syarikat Fitrafham Integrated Sdn. Bhd. juga telah mendapat nama  di setiap jabatan kerajaan di Perak sebagai pengedar untuk produk patuh  syariah iaitu cat, ‘waterproofing’, gelanggang sukan dan pembaikan konkrit.


Our Vision
Menjadi sebuah syarikat yang berinspirasi dan berkembang dalam pelbagai sektor serta bidang menjelang 2030
Our Mission
Menjadi syarikat kontraktor, pembekal, ‘trading’, dan penganjur pusat kursus yang dipercayai, professional serta bewibawa dalam mempertingkatkan daya saing syarikat untuk memberikan bahan dan perkhidmatan yang terbaik terhadap pelanggan. Syarikat FISB bersedia untuk membantu dan membangunkan syarikat-syarikat yang lain melalui sokongan teknikal atau peluang-peluang perniagaan yang dimiliki.
Our Goal Objective
Menjadi salah satu syarikat kontraktor serta pembekal yang dapat memenuhi kehendak, keperluan dan kepuasan pelanggan. Memberikan perkhidmatan dan kualiti kerja yang terbaik kepada pelanggan untuk mencapai visi dan misi syarikat. Komited dalam menghasilkan sesuatu khidmat yang diberikan mengikut piawaian yang telah ditetapkan serta patuh pada skop kerja seiring dengan kehendak pelanggan dan pengguna. Menjadi contoh syarikat yang berwibawa serta membuka pelbagai peluang kepada umum Menjadi pusat khidmat kursus yang terbaik, mewah, murah dan sistematik kepada pelanggan atau mana-mana agensi Membangunkan infrastruktur rangkaian atau khidmat yang cekap dan berjaya
CIDB Category
Grade 2 - Building
B04 (Kerja-kerja pembinaan bangunan)
B12 (Kerja pemasangan kaca)
B13 (Pemasangan jubin)
B14 (Kerja-kerja cat)
B22 (IBS: Sistem blok)
Grade 2 - Civil Engineering
CE01 (Pembinaan jalan dan pavemen)
CE06 (Struktur saliran
pengaliran dan kawalan banjir)
CE08 (Sistem perlindungan dan penstabilan cerun)
CE12 (Kerja penyiasatan tanah)
CE14 (Landskap diluar bangunan)
CE21 (Pembinaan kejuruteraan awam)
CE36 (Kerja-kerja tanah)
CE42 (Kerja-kerja mengecat jalan)
Grade 2 - Mechanical & Electrical Engineering
M15 (Kelengkapan mekanikal pelbagai)